SHAH ALAM: Umat Islam yang tinggal di London, United Kingdom (UK) perlu membayar sehingga lebih RM2,000 bagi satu bahagian lembu untuk melaksanakan ibadah korban di negara itu.
Seorang warga Malaysia yang telah menetap di London selama 33 tahun, Alias Sidek, 55, berkata, bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.
Menurutnya, walaupun harga tersebut dianggap tinggi, namun realitinya ia hanyalah 20 peratus daripada gaji minimum penduduk di sana.
“Jika dibandingkan dengan harga korban di Malaysia iaitu sekitar RM800 satu bahagian adalah bersamaan dengan lebih daripada 50 peratus gaji minimum di Malaysia yang berjumlah RM1,500 sebulan.
“Nilai sebenar harga korban di UK adalah jauh lebih rendah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Berkongsi perbezaan situasi pula, Alias berkata, suasana di Malaysia adalah lebih meriah memandangkan orang ramai boleh berganding bahu untuk proses penyembelihan, lapah dan juga pengagihan daging korban.
Jelasnya, bagi di UK pula, ia hanya boleh dilakukan di pusat penyembelihan ataupun ladang dan tidak boleh dilaksanakan di tempat umum.
Tambahnya, hanya individu yang mempunyai lesen penyembelihan haiwan dibenarkan untuk melakukan korban di negara itu.
“Di sini (UK) tidak ada gotong-royong macam dekat Malaysia. Dekat London, orang tempatan selalunya akan buat di masjid. Masjid akan aturkan tetapi ia (haiwan) tidak disembelih di masjid. Kalau nak tengok kena pergi dekat pusat penyembelihan.
“Kalau nak senang, mereka hanya pergi ke kedai jual daging yang halal. Kedai ini tolong aturkan ibadah korban. Kedai akan tempah lembu di pusat penyembelihan dan orang yang nak laksanakan korban hanya agihkan daging.
“Cerita pasal rindu, semestinya saya rindu suasana di Malaysia. Kalau dekat kampung, kawasan bandar atau mana-mana mereka sembelih, lapah daging, gotong-royong. Dekat sini tiada suasana itu,” ujarnya.
Menurut Alias, kebanyakan mereka yang melaksanakan ibadah itu akan memberikan daging korban kepada pelajar kerana sukar untuk mencari golongan yang memerlukan di London.
“Penduduk di sini (London) kalau tidak kerja pun kerajaan tanggung. Jadi biasanya daging korban akan diagihkan kepada pelajar,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 29 2023
Alias berkata, suasana di Malaysia adalah lebih meriah memandangkan orang ramai boleh berganding bahu untuk proses penyembelihan, lapah dan juga pengagihan daging korban. - Foto Sinar Harian
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
'Simple macam ni lagi okey' - Netizen komen penampilan Aina Abdul sambut Aidiladha
Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.
Tindakan bakar al-Quran di Sweden singgung perasaan 2 bilion umat Islam - Liga Arab
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
'Mustahil kembali ke Syria, mahu bina kehidupan lebih baik' - Pelarian
"Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak."
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran
Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, pada Rabu.
Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Tindakan tidak hormat, merosakkan al-Quran adalah jenayah di Rusia - Putin
Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Sultan Johor kurnia 100 lembu sempena Aidiladha
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha hari ini.
Kedutaan Malaysia agih daging korban di Jakarta sempena Aidiladha
Kedutaan Besar Malaysia hari ini menganjurkan majlis korban dengan tema, 'Berkongsi Keberkatan' dan mengagihkan daging sempena Hari Raya Aidiladha.